Guidance Tuition Februari 2026

16 Februari 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 14 & 15 Februari 2026 (Sabtu & Ahad) telah diadakan Guidance Tuition Februari 2026 untuk pelajar tingkatan 5 secara atas talian. Program Guidance Tuition Februari 2026 ini telah disertai oleh seorang pelajar tingkatan 5. Peserta telah hadir secara fizikal di Bilik Latihan NADI Kampung Jeriah. Guidance Tuition ini bermula pada pukul 2:15 petang sehingga pukul 4:30 petang.

Guidance Tuition yang telah diadakan ini membincangkan 4 subjek teras iaitu Sejarah, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik. Untuk hari yang pertama iaitu pada 14 Februari 2026, para pelajar telah membincangkan subjek Sejarah dan Matematik manakala subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris pula telah dibincangkan pada hari yang terakhir iaitu pada 15 Februari 2026. Modul pembelajaran turut disediakan kepada pelajar yang mengikuti Guidance Tuition ini.

Diharapkan program seperti ini dapat membantu dan memberikan manfaat kepada pelajar dengan mempraktikan ilmu dan tips yang telah dipelajari untuk menjawab soalan pada peperiksaan yang akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali